SALAM RAMADHAN DARIPADA JKKKN

SALAM RAMADHAN DARIPADA JKKKN

Sabtu, 8 Januari 2011

MINI UPTOWN BANDAR PERDA AKAN DI CERIAKAN-TUAN HJ SHARIF KETUA MINI UPTOWN

Bandar Perda 7hb.Jan 2011 .Tuan Hj Sharif dalam kenyataannya dalam mesyuarat semalam memaklumkan akan menceriakan MINI UPTOWN . Pihak Mini Uptown akan membuat beberapa pendekatan dan penegasan dalam membangun semula perjalanan Mini Uptown . Sasaran kita akan menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu Peniaga dan Penganjur .

Hj Sharif membuat beberapa ketatapan seperti berikut :-

1. Membuat bancian kepada peniaga yang sedia ada . Pihak Penganjur akan membuat pemantawan kehadiran peniaga yang datang berniaga . Bancian kekerapan kehadiran .

2. Pihak Penganjur akan mengeluarkan surat perkeliling .

3. Pihak Penganjur akan membuat papan kenyataan rasmi MINI UPTOWN BANDAR PERDA .

4. Pihak Penganjur akan membuat Iklan seluas-luasnya , memperkenalkan MINI UPTOWN kepada masyarakat keselurahannya .Dengan beberapa program yang bersesuaian .

5. Pihak Penganjur akan membuat beberapa pertemuan dengan pihak MPSP dan Ahli Majlis untuk membincangkan berhubung peniaga yang bermasalah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan